Jumaat, Julai 11, 2008

Siape Lahir Bulan Julai (7) angkat tangan..... (^_^)

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Sabtu, Jun 21, 2008

Darah Istihadhah (Penyakit)

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj ( kemaluan) perempuan yang bukan pada hari haid dan nifas.

Kedudukan Darah Istihadhah

Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada didalam faraj (hampir dengan rahim) perempuan dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga kelurnya darah nifas.Darah istihadhah ini menyebabkan terbatholnya wudu`(air sembahyang) tetapi tidak mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar)dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat, puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu tadi mengerjakan segala a`malan yang difardukan itu seperti biasa, Cuma sebelum berwudu` maka hendaklah ia membasuh farajnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.

Dalam masaalah ini , apabila seseorang perempuan itu keluar darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat farajnya dengan kapas atau seumpamanya (lampin khas) dan seeloknya direnjis sedikit pewangi pada penyumbatnya itu.

Selepas itu barulah perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu berwudu` atau bertayamum, tetapi perlu diingat tidak harus bagi mereka berbuat demikin kecuali setelah masuk waktu solat, kerana perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu adalah seperti orang yang berkekalan hadas.

Jika seseorang perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu berlengah-lengah atau menangguhkan sembahyangnya tanpa sesuatu tujuan yang berkaitan dengan sembahyangnya, maka tidaklah sah bahkan bathol wudu`nya itu dan wajib mengulanginya kembali.

Justeru itu, wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu memperbaharui wudu`nya pada tiap-tiap solat fardu, sekalipun solat fardu itu dengan sebab nazar dan wajib juga ia tukarkan penyumbat atau lampin farajnya itu pada setiap kali sembahyang fardu walaupun tidak keluar darahnya dari lubang faraj dan tidak meleleh ditepi farajnya itu. Ini kerana perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu adalah seperti hukum orang yang da`imul hadas (orang yg sentiasa berhadas).

Ahad, Jun 08, 2008

Teknik Hilangkan Stress

  1. Solat 5 waktu jangan tinggal. Sebaik-baiknya berjemaah.
  2. Ambil Wudhu’.
  3. Banyakkan membaca Al-Quran. Hayati maknanya.
  4. Banyakkan makan buah-buahan. (Contoh buah limau kerana banyak vitamin C).
  5. Kurangkan makan daging merah. Amalkan makan daging putih.
  6. Amalkan teknik urutan.
  7. Mandi (sebaik-baiknya air suam, bukan air panas). Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi sewaktu mandi.
  8. Berbincang, ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada orang yang tak pandai simpan rahsia. Nanti anda makin stress..
  9. Tengok binatang-binatang peliharaan. Contohnya tengok ikan di dalam akuarium.
  10. Menangis. Ambil waktu yang sesuai, menangis. Sebaik-baiknya apabila bersolat malam (bertahajjud).
  11. Kurangkan makanan yang banyak perasa tiruan.
  12. Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  13. Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  14. Menyanyi. Tetapi awas, jangan menyanyi sampai mengganggu orang lain.
  15. Dengar ceramah-ceramah agama.
  16. Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.
  17. Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  18. Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  19. Letak gambar ibu dan ayah di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet. Tengok gambar mereka bila stress.
  20. Dengar muzik yang merdu, contohnya nasyid dan lain-lain.
  21. Bila tension, senyum. Jangan pilih untuk marah.
  22. Uzlah. Ambil masa untuk bersendirian.
  23. Imbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil-kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.
  24. Pakai pakaian yang sesuai warnanya, warna-warna yang ceria.
  25. Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan segala kemarahan. Maafkan semua orang.

(Seperti yang dicadangkan oleh Pakar Motivasi : Dato Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Jumaat, Jun 06, 2008

Sanah Helwa ANGAH

Khamis, Jun 05, 2008

Hikmah Bersujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


  • - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • - melegakan sakit hernia.
  • - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • - meringankan bahagian pelvis.
  • - memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
  • berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • - mengurangkan kegemukan.
  • - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
  • kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
  • - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
  • otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya : dari tafsir hanafi.

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa (^_^) selamat mencuba.. moga istiqamah .

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir... (^_^)

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal....

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) .
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
-
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Rabu, Jun 04, 2008

Who Lahir Shahrul JUN <6>

  • berfikiran jauh & berwawasan
  • mudah ditawan krn sikap baik
  • berperangai yg lemah lembut
  • mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
  • idea yg terlalu banyak dikepala
  • bersikap sensitif
  • otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dgn segera
  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
  • cepat marah & cepat sejuk
  • suka bercakap & berdebat
  • suka buat lawak & bergurau
  • otaknya cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan & pandai berkawan
  • org yg sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah kena selsema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • sikap terlalu memilih & cerewet
  • kurang mempamerkan perasaan
  • lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • suka kepada barang yang berjenama
  • mudah menjadi eksekutif
  • kedegilan yg tidak terkawal
  • sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
  • adalah kawan saya.

Khamis, Mei 29, 2008

Ikan Segar VS Ikan Beku

Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar
ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara
Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan
itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air
batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia
& Singapura.
Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu
Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu
Dan kurang segar. bagaimana untuk mengelakkan berlakunya perkara ini????...

itu utk ikan2 yg ke malaysia bagaimana pula ikan yg sampai ke negara yg lebih jauh dari itu seperti mesir???? (seperti ikan beku yg dijual di dalam kotak)
Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu
kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang
dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya
ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan
kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.

Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN
merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya
boleh bertahan lama. untuk dijadikan mumia!!!hihihihi
Bahasa omputih 'embalm'..

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini.
Sekarang..
Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi
kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan import di pasar...

Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi
lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin...
Kerana .. Lalat lebih mengetahui.belajarl ah daripada lalat...itu juga salah satu hikmah ALLAH menjadikan lalat...subhanallah

pandai2 la kome nak buat tindakan macm mane... jangan kome gi serang baba jual ikan tu udah le :) teman pon makan gak sblum nih..... (^_^)

Selasa, Mei 27, 2008

lawak lawak lawak.... relexs la kejap (^_^)

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

--------- :) ---------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

--------- :) ---------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

--------- :) ---------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

--------- :) ---------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

--------- :) ---------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!

--------- :) ---------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

--------- :) ---------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

--------- :) ---------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


hahahahaha gelak la gelak.... senyum pon ok gak :)

Cara Menutup Aurat Bagi Kaum Wanita


kepada sesiape yg masih musykil tentang aurat boleh la tgk gambar nih. Cara menutup Aurat yg dituntut dalam islam..... (mesti nanti ader yg tertanya2 camne la nak bace tulisan tuh kecik sngat.. huhuhu) teman tau msti persoaln nih timbul difikiran.tapi xsemua la fikir camtu ..hihihi. kalau kome nak baca dgan jelas nak tulisan beso2, just klik je kat gambar tuh... senang je kan (^_^) selamat la tuh.....

Isnin, Mei 26, 2008

Kudamba Redhamu Oh Tuhan.....

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Ahad, Mei 25, 2008

Sape Lahir Blan Mei <5>

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Nilai 10 Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

Moral:
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka…

Sabtu, Mei 24, 2008

Kata2 Hikmah

>> Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa"

Jaulah Makam Aulia'


assalamu alaikum wbt.. ha ni gambar keme dengan sahabat2 keme ketika jaulah makam aulia' sekitar kaherah... kalau kome dapat cam keme, teka la yg maner satu :)

Hari Kelahiran Blog Teman (^_^)

Assalamu alaikum wbt... semoga segalanye dalm keadaan baik :) pada hari ini sabtu 24/5/2008 lahir la satu blog kepunyaan teman.. bukan lahir dari perut ye.. tapi dari sebuah teknologi zaman skarng :) teman menamakan blog ini HatiQalby (xyah la nak tunggu 7 hari baru nak ltak nama) amacam best tak nama nih ..?? aper... x best... ermm sukati la best ke tak yg penting dah daftar kat jabatan pendaftaran .. kad pengenalan pon dah kuar siap... hahahah..
sbnar nye saat kelahiran blog ni teman baru pas exam fiqh muqaran.. alhamdulillah boleh la jawap.. tawakkal je la :) paper pon kepada sahabat2 kenkawan member2 and sesape yg exam tu, moga kita sama2 berjaya.. aminn (^_^) paper pon senyum sokmo :)