Khamis, Jun 11, 2009

muhasabah diri....

Kaherah 10 Jun, Rabu - Satu nahas jalan raya telah berlaku di kawasan Suez pada hari semalam yang melibatkan 5 orang pelajar Perubatan Universiti Kaherah. Kejadian diberitakan berlaku pada petang semalam ketika pelajar tersebut dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari 'Ain Sukhnah, Suez. Pelajar-pelajar yang terbabit adalah Ammar Zulkifli, Fitri Tokiran, Syed Jamaluddin, Abd Rahman Nik Mazian dan Akram dan masing-masing sedang menuntut di tahun tiga dalam jurusan yang sama.

Pelajar yang maut adalah Ammar Zulkifli berasal dari negeri Pulau Pinang dan dan tiga rakan yang lain, cedera. Pemandu mereka, Syed Jamaludin apabila ditemui, dalam keadaan stabil dan masih dalam trauma. Dua lagi rakan yang cedera adalah Abdul Rahman Nik Mazian, telah sedarkan diri dan seorang lagi, Akram, masih belum sedarkan diri. (petikan dari www.pmram.org )


Al-fatihah untuk arwah. semoga ruhnye dicucuri rahmat dan ditempatkan bersame roh orng2 yg soleh...

kematian itu datang bler2 mase saje tanpa disedari dan diketahui mase waktu dan tempat.. adakah diri ini sudah bersedia untuk itu..? renung2 kan la...



Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih